Semasa

Kerajaan agresif harungi saingan digital, pastikan Malaysia tak ketinggalan – PM Anwar

Kementerian Digital yang diwujudkan susulan rombakan Kabinet bulan lalu bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan pantas transformasi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin berkata, Malaysia tidak akan mampu bersaing dengan pantas tanpa memberi fokus dalam bidang digital.

“Program digital harus dilakukan dengan lebih drastik, agresif daripada yang dahulu, kalau tidak, kita akan ketinggalan,” katanya.

Dalam masa sama jelasnya, kerajaan mahu memastikan keghairahan memacu pertumbuhan ekonomi, digital, meningkat mutu pendidikan dan kesihatan tidak akan meminggirkan soal pembangunan nilai kemanusiaan, keadilan dan akhlak yang baik.

“Digital itu melibatkan soal nilai. Ia satu prakasa baharu yang menekan soal teknologi baharu, tetapi kita mesti mengakar ke bumi. Kita ada sistem keyakinan dan nilai kita. Hal ini harus kita dekati,” katanya.

BACA LAGI: Dr Dzulkefly tekad laksana agenda transformasi kesihatan digital secara menyeluruh

Sementara itu Anwar pada majlis perjumpaan itu turut menggesa kakitangan awam mendukung usaha kerajaan.

Ia jelasnya perlu dilaksana merentasi kementerian dan jabatan sama, ada dalam soal undang-undang, pendidikan dan kesihatan.

“Janganlah fikir langkah lama – ini jabatan saya, kementerian saya (sebaliknya) mesti merentasi kementerian.

“Mudah-mudahan dengan pendekatan ini dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk melanjutkan beberapa acara reform penjawat awam, kita dapat maju kedepan di tahun 2024 di tahap yang lebih cemerlang,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button