Semasa

Menteri Komunikasi ziarah pengamal media terlibat kemalangan jalan raya

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Isnin menziarahi seorang pengamal media yang sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) susulan terlibat kemalangan pulang daripada tempat kerja.

Pada kunjungan itu, Fahmi meluangkan hampir 30 minit menyantuni ahli keluarga Mohd Saifuddin Mohd Nazari sebelum menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA, bagi meringankan beban mereka.

“Saya harap isteri dan bapa Mohd Saifuddin dapat bertabah, dan Insya-Allah kita akan terus usaha untuk bantu,” katanya dipetik laporan media.

BACA LAGI: Dr Wan Azizah ziarah waris mangsa letupan bunga api

Mohd Saifuddin merupakan Eksekutif Juruteknik Penyiaran Bernama TV, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Difahamkan beliau dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat lepas setelah terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk selepas pulang daripada tempat kerja selepas selesai syif pukul 1 pagi pada 5 Jan lepas.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, merupakan inisiatif kementerian yang bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Related Articles

Back to top button