Semasa

Malaysia-Singapura meterai MoU kerjasama bangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan memorandum persefahaman bersama (MOU) kerjasama bagi membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menandatangani bagi pihak Malaysia, Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong.

MOU berkenaan antara lain akan menawarkan pengaturan cukai khas, gudang berbon dan langkah lain untuk menyokong kelancaran aliran barangan merentasi sempadan, serta pergerakan orang yang bekerja di kedua-dua pihak.

Projek kerjasama itu akan dibina dalam kawasan koridor pembangunan selatan, Iskandar Malaysia.

JS-SEZ dijangka meningkatkan lagi perdagangan antara Johor dan Singapura, dan boleh berkembang maju seperti bandar raya Shenzhen di China, yang menjadi bukti kejayaan sebagai sebuah zon ekonomi khas.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan JS-SEZ akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara untuk menambah baik aliran rentas sempadan bagi barangan, pelaburan dan orang.

Manakala Menteri Perdangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong pulak yakin kerjasama akan meningkatkan kerjasama khususnya dalam menjana pembangunan ekonomi antara kedua Megara.

Singapura dan Malaysia adalah rakan perdagangan kedua terbesar dengan aliran dua hala mencecah SGD$153 bilion, tahun 2022.

Singapura juga adalah salah satu sumber utama pelaburan langsung asing Malaysia yang menyumbang 20.5 peratus daripada jumlah pelaburan langsung pada tahun 2022.

Related Articles

Back to top button