Semasa

Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji.

Hannah Yeoh ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan 2024 di MSN, Kuala Lumpur pada Khamis turut memaklumkan, gaji tersebut akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.

Susulan itu, seramai 307 atlet dan 86 atlet para yang berada di bawah program berkenaan sekali gus menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Carumannya sebanyak 11 peratus bagi pihak atlet dan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) 13 peratus…atlet kita minta ada jaminan untuk mereka, jadi kita telah sampaikan serta tunaikan hasrat itu dan saya mahu atlet tunaikan hasrat rakyat Malaysia dapatkan pingat emas Olimpik.

“Langkah ini bakal memberi impak kewangan berjumlah RM16 juta setahun kepada MSN,” katanya.

BACA LAGI: Negeri Sembilan sambut baik tawaran geran oleh KBS

Sementara itu Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata KBS juga telah meminta MSN untuk mengkaji semula elaun jurulatih menerusi Skim Jurulatih Kebangsaan.

“Kita sudah ada beberapa bengkel dan MSN akan koordinasi, kita kena bentang kepada jawatankuasa MSN sebelum melaksanakan apa-apa,” katanya.

Related Articles

Back to top button