Politik

Perdana Menteri cabar pembangkang bawa usul tak percaya di Dewan Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis melontar cabaran supaya pembangkang segera membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.

Tegasnya, Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat namun langkah tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

“Dah lama kita tunggu (usul tidak percaya) dah setahun. Hari-hari kita tunggu tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa.

“Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa ini (Akuan Bersumpah bagi menumbangkan kerajaan) selain propaganda untuk menipu penyokong supaya tak hilang semangat,”katanya.

Anwar berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas selepas menghadiri satu acara di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor sebagai mengulas dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa pembangkang telah berjaya memperoleh sekitar 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

BACA LAGI: Langkah Dubai: Tak perlu ganggu usaha kerajaan wujudkan kestabilan

Ditanya sama ada SD yang didakwa dimiliki pembangkang itu sebagai tidak sah, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau tidak tahu kesahihan dakwaan itu.

“Kalau ada (SD) saya tak tahu,” katanya.

Anwar sementara itu menyokong cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bahawa sokongan terhadap seseorang Perdana Menteri harus diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat dan bukannya berdasarkan Akuan Bersumpah (SD).

“Itu pandangan yang sesuai, kerana hari-hari orang tanya…Langkah Dubailah. Sekarang dah terbukti semua itu hanyalah sekadar politik cemas kalangan mereka yang kehilangan modal,” tambah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Related Articles

Back to top button