Semasa

Kerajaan teliti bantuan naik untuk taraf sistem pembekalan air negeri

Kerajaan Persekutuan sedang meneliti bentuk bantuan yang perlu disalurkan kepada semua kerajaan negeri bagi menaik taraf sistem pembekalan air.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas merasmikan selepas merasmikan kempen e-Tunai di Pasar Malam Metrocity di Kucing malam tadi.

Jelasnya, perbincangan sedang dijalankan dengan kerajaan negeri sama ada mereka memerlukan bantuan dalam bentuk geran atau pinjaman.

“Fokus kita (Kerajaan Persekutuan) ialah memberi bantuan kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf sistem bekalan air mereka terutamanya menggantikan paip lama dan pam,” katanya yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Sementara itu tambahnya, kementeriannya juga sedang meneliti permohonan penyedia perkhidmatan bekalan air khususnya di Semenanjung untuk menaikkan tarif air.

BACA LAGI: Malaysia antara negara dengan purata tarif air terendah di ASEAN

“Kenaikan tarif itu adalah bagi menambah baik semua proses pembekalan air terutamanya penggantian paip dan pam lama.

“Sebab itu mereka (penyedia perkhidmatan) memohon untuk menaikkan tarif air,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button