Negeri

Kementerian Wilayah garis 92 program tingkat landskap sosioekonomi Labuan

Kementerian Wilayah Persekutuan menggariskan pelan komprehensif merangkumi 92 program bagi meningkatkan landskap sosioekonomi di pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ekonomi Labuan wajar dibangunkan setanding negeri membangun lain memandangkan statusnya sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa serta hab minyak dan gas.

Menekankan kepentingan usaha bersepadu bagi mencapai tujuan itu, pelan komprenhensif itu jelasnya akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di pulau itu.

“92 program itu direka secara strategik untuk memacu Labuan ke hadapan dalam laluan pembangunan mampan,” jelasnya.

Terdahulu Dr Zaliha melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Labuan 2024 dan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040 di Taman Damai, Labuan pada Sabtu.

BACA LAGI: Majlis Menteri Wilayah diaktifkan semula

Sementara itu Dr Zaliha menekankan pembangunan strategik sektor pelancongan Labuan adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi keseluruhan pulau itu.

Dalam usaha untuk mempelbagaikan lagi aliran hasil Labuan dan meningkatkan daya tarikannya, beliau telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan, Perbadanan Labuan (LC) untuk menubuhkan pasukan petugas khas.

“Objektif utama pasukan petugas ini untuk mengenal pasti dan mengetengahkan tapak pelancongan menarik yang berpotensi untuk merancakkan sektor pelancongan di pulau ini.

“Saya mahu pasukan petugas ini ditubuhkan segera kerana inilah agenda kita untuk merancakkan sektor pelancongan Labuan,” katanya .

Related Articles

Back to top button