KKDW fokus bantu usahawan desa kategori piko tahun ini
Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) akan terus mengiatkan usaha membantu usahawan desa kategori piko.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahun ini pihak kementerian akan memberi fokus membantu golongan itu supaya mereka dapat meningkatkan hasil jualan masing-masing sekaligus mengubah nasib daripada hanya berstatus sara diri kepada usahawan sebenar.
“Kita juga akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu usahawan kecil ini supaya mereka menjadi usahawan sebenar dan bukan hanya sara diri, supaya benar-benar jadi usahawan mikro.
“Ia akan diselaraskan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia, pihak Baitumal, Pusat Pengagihan Zakat dan lain-lain supaya kita dapat lihat keberkesanannya” katanya.
Ahmad Zahid berkata begitu dalam satu sidang media selepas Bengkel Pemukiman KKDW di sini Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sebagai rekod,usahawan yang memperoleh hasil jualan di bawah RM60,000 dikategorikan sebagai piko diikuti nano (RM60,000-RM150,000) dan mikro (RM150,000- RM300,000).
Kumpulan usahawa dalam ketegeri Piko merangkumi 84 peratus daripada keseluruhan usahawan di bawah kementerian itu.
BACA LAGI: KUSKOP setuju cadangan tambah peruntukan untuk skim usahawan India – Ramanan
Sementara itu sebagai mengulas pemukiman yang diadakan beliau berkata, bengkel memutuskan bahawa setiap program keusahawanan rentas agensi akan diselaras bagi mengelakkan pertindihan.
Bengkel pemukiman itu, katanya, telah merumuskan sebanyak 62 cadangan program yang bersandarkan enam fokus utama iaitu Ekonomi dan Keusahawanan; Pengukuhan Tadbir Urus serta Kemampanan Agensi dan Anak Syarikat; Pendidikan, Infrastruktur dan Teknologi; Kepimpinan Desa serta Tatakelola dan Sistem Penyam
Ahmad Zahid berkata sudut pandang dan hasil perbincangan sesi pemukiman itu akan membantu KKDW dalam pelaksanaan strategi yang menjadi pemangkin pembangunan desa sejajar Aspirasi Desa MADANI dan semua akan dibawa kepada Jemaah Menteri minggu depan bagi pelaksanaan.
Selain itu KKDW jelasnya tidak akan bekerja secara silo dalam memastikan program ekonomi di kira-kira 15,000 kampung seluruh negara dengan peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi setiap kampung dilaksanakan secara berkesan.