PH Labuan serah memorandum kepada menteri, ketengahkan beberapa isu penting
Pakatan Harapan (PH) Labuan telah menyerahkan memorandum yang mengetengahkan isu penting berkaitan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi pulau bebas cukai itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa pada Sabtu menerima memorandum yang mengetengahkan isu penting di Labuan.
Memorandumditandatangani Pengerusi Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Labuan, Simsudin Sidek dan Timbalannya Datuk Dr Ramli Tahir itu berkaitan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi pulau bebas cukai itu.
Antara kebimbangan yang diutarakan melalui memorandum itu antaranya keperluan mendesak untuk mengembalikan status bebas cukai penuh Labuan terutamanya yang berkaitan dengan penjualan rokok dalam konteks cukai yang dikenakan terhadap produk tembakau.
BACA LAGI: Kerajaan Perpaduan bakal pacu semula peranan Labuan dalam sektor ekonomi negara
PH Labuan menegaskan bahawa pengubahsuaian itu (status bebas cukai penuh) sebelum ini menyumbang kepada penurunan dalam ketibaan pelancong, memberi kesan kepada daya hidup ekonomi pulau itu.
Melalui memorandum sama, PH Labuan telah mencadangkan penubuhan pelabuhan bersepadu di lokasi baharu bagi menggantikan kemudahan sedia ada.
Mereka menekankan keperluan untuk kemudahan pelabuhan baharu kerana pelabuhanalternatif di Asian Supply Base dianggap tidak mencukupi untuk operasi logistik yang cekap terutamanya untuk barangan besar yang dikaitkan dengan industri minyak dan gas.
Amalan logistik semasa melibatkan penggunaan jeti alternatif di Asian Supply Base adalah tidak sesuai kerana pengangkutan digunakan perlu melalui kawasan bandar dan menimbulkan cabaran daripada segi keselamatan.
“Berikutan ibu negara Indonesia akan berpindah ke Borneo, Labuan boleh berfungsi sebagai pelabuhan perantaraan penting yang menghubungkan Borneo ke pasaran global,” katanya dengan menegaskan Labuan boleh memanfaatkan lokasi geografinya yang strategik.
Langkah-langkah itu jelasnya, bukan sahaja akan meningkatkan prospek ekonomi Labuan tetapi juga memperkukuh peranannya dalam perdagangan dan ketersambungan serantau
Selain itu, PH Labuan juga menyokong untuk meningkatkan ketersambungan udara untuk merangsang pelancongan, meminta lebih banyak penerbangan ke dan dari pulau itu, mengiktiraf potensi pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan.