Semasa

Pemimpin generasi muda tak senang dengan kenyataan diskriminasi dilontar Mahathir

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang meremehkan masyarakat India di negara ini terus mendapat kritikan.

Pengerusi Pertubuhan Jaringan Insan Madani, Aidi Amin Yazid , kenyataan Mahathir yang dianggap merendahkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini sangat memalukan tambahan dikeluarkan menerusi wawancara yang diselia oleh media antarabangsa.

“Beliau tidak sepatutnya bercakap sesuatu yang akan menyebabkan masyarakat antarabangsa memandang serong seolah-olah negara yang dibinanya selama ini gagal menerapkan semangat kebersamaan antara kaum dan agama

“Apa yang berlaku ketika ini seolah-olah apa yang beliau usahakan sepanjang 22 tahun pemerintahannya gagal,” katanya.

Aidi Amin turut melahirkan rasa kecewa apabila Mahathir kini kini lebih kerap mengeluarkan kenyataan bersifat prejudis serta rasis.

“Saranan beliau untuk asimilasi budaya bagi membuktikan semangat kesetiaan kepada negara adalah karut sama sekali. Jati diri itu lebih penting dalam pembinaan negara bangsa.

“Kita harus bergerak ke hadapan sebagai satu masyarakat Madani dan fokus kepada semangat perpaduan,” ujarnya dipetik kenyataan media. ‘

Mahathir yang kini bersama pembangkang mencipta kontroversi susulan kenyataannya yang mengkritik masyarakat bukan Melayu yang menganggap Malaysia sebagai negara sendiri tapi pada masa sama terus mengamalkan budaya dan adat mereka sendiri.

Berdasarkan laporan, kenyataan itu dibuat Mahathir dalam temu bual eksklusif dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

BACA LAGI: Perlekeh masyarakat India, Mahathir cuba alih perhatian kes Daim?

Sementara itu, seorang wakil Ahli Parlimen mendesak Mahathir memohon maaf segera kepada masyarakat India dan Cina, susulan dakwaannya.

Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran berkata kenyataan Mahathir merupakan satu penghinaan terhadap perpaduan pelbagai kaum yang dibina dengan nilai kesetiaan tanpa berbelah bagi.

Beliau menambah ungkapan berunsur diskriminasi itu boleh merencatkan keutuhan perpaduan, yang merupakan teras penting dalam memperkukuh ketamadunan.

“Watak-watak politik perlu berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berunsur diskriminasi perkauman dan bertindak sebagai ejen pendamai untuk mengukuhkan perpaduan antara bangsa, agama dan etnik.” tambahnya.

Related Articles

Back to top button