Semasa

Saifuddin nasihat pemimpin guna ungkapan beradab, jadi contoh baik kepada rakyat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan agar pemimpin negara ini menggunakan ungkapan beradab dalam semua kenyataan dikeluarkan.

Tegasnya, pemilihan perkataan sangat penting bagi seorang pemimpin dalam memberi contoh yang baik kepada rakyat.

“Saya Muslim, agama mengajar saya akhlak adab akidah syariah. Jadi pemilihan untuk berkata-kata ini saya fikir biar kita hati-hati dan perkataan-perkataan yang seumpama itu (barua) ka, ungkapan yang baharu atau sebelumnya kita elakkan daripada memilih ungkapan itu.

“Pertama kerana dia tak memberikan gambaran bahawa seorang pemimpin itu harus menunjukkan sikap yang lebih cantik kepada rakyat, itu lebih kondusif saya fikir,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Budaya debat secara beradab kini satu keperluan anak muda – Fahmi

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas sesi lawatan kerja ke projek Rancangan Tebatan Banjir di Alor Setar pada Isnin sebagai mengulas laporan media bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan agensi kerajaan supaya tidak menjadi ‘barua’ kepada pihak yang memiliki kepentingan politik.

Saifuddin berpandangan, ungkapan kurang sopan seumpama itu harus dielakkan bagi menjaga hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan termasuk agensi berkaitan pada masa depan.

“Seorang pemimpin tu harus menunjukkan sikap yang lebih cantik lah itu lebih kondusif. Saya fikir untuk menjaga hubungan ke depan nanti ya itu lebih baik,” tegasnya.

Related Articles

Back to top button