Global

Malaysia dukung langkah Afrika Selatan benam kezaliman Israel melalui ICJ – PM Anwar

Malaysia mengulangi pendiriannya untuk mendukung langkah Afrika Selatan bersama negara sahabat yang lain membenam kezaliman rejim Israel terhadap Palestin melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ)

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di Facebook berkata, tindakan berani Afrika Selatan mesti didukung oleh seluruh dunia dan kekejaman rejim Israel mesti didobrak dengan pelbagai cara yang ada.

Dalam hantaran tersebut Anwar sekali lagi mengecam negara-negara barat yang terus bersikap hipokrit terhadap kezaliman tersebut.

“Gelombang penentangan terhadap Israel yang kita saksikan hari ini adalah yang terbesar sejak demonstrasi raksasa menentang Perang Vietnam dan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan dahulu.

“Malangnya, gelombang penentangan ini belum menjentik nurani pemimpin di negara-negara Barat untuk mengambil pendirian yang menyemangati apa yang mereka paksakan ke atas negara lain selama ini.

“Negara-negara barat seolah ingin terus bermuka-muka dan mengambil pendirian selamat ketimbang mengheret Israel ke muka dan neraca pengadilan yang sewajarnya,” tegasnya.

BACA LAGI: PM Anwar kecam Zionis, asak Jerman desak gencatan senjata perang Israel-Palestin

Afrika Selatan memfailkan kes itu pada Disember, menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menyeru Israel segera menghentikan serangan.

Afrika Selatan telah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh mengenai niat dan perbuatan genosid yang melanggar Konvensyen Genosid

Sementara itu menurut Anwar, setakat hari ini, sejak 7 Okt lepas, Israel telah membunuh seramai 24,100 rakyat yang tidak berdosa dan Israel terus dipencilkan warga serta komuniti antarabangsa.

“Sebagai rakyat, meski dinafikan segala hak dan asas kehidupan serta sentiasa dipaksa untuk hidup dalam ketakutan, namun rakyat Palestin tetap terus keras mempertahan tanah air dan maruah bangsa,” tambah Anwar.

Related Articles

Back to top button