Teknologi

Kerajaan lulus 22 projek Tenaga Boleh Baharu bekal tenaga elektrik hijau

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah meluluskan pembangunan bagi pelaksanaan 22 projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada sumber biogas dan biojisim sebanyak 36.534 megawatt (MW).

Kementerian menerusi satu kenyataan hari ini berkata, tenaga elektrik hijau yang terjana akan dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah mekanisme Tarif Galakan atau ‘Feed-in Tariff (FiT) seawal tahun 2027.

Jelasnya, dalam menyokong aspirasi peralihan tenaga negara untuk mencapai 70 peratus campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik menjelang tahun 2050.

“Kelulusan pelaksanaan projek TBB baharu di bawah mekanisme tarif galakan ini akan mempelbagaikan sumber penjanaan TBB selain sumber solar dan seterusnya meningkatkan lagi daya harap pembekalan elektrik negara.

“Pada masa yang sama, pembangunan projek-projek TBB yang diluluskan ini turut dijangka akan berupaya mewujudkan nilai pelaburan baharu dalam industri TBB sehingga RM372 juta,” katanya.

Kerajaan juga, katanya, sebanyak 22 permohonan projek yang telah diluluskan itu merangkumi 21 projek dengan jumlah kuota 29.534MW untuk penjanaan tenaga elektrik hijau daripada sumber biogas dan satu projek dengan jumlah kuota 7.0MW untuk penjanaan tenaga elektrik daripada sumber biojisim.

Related Articles

Back to top button