Uncategorized

Raja Permaisuri Agong dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima Diploma Kehormat Seni Kraf Batik daripada Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN).

Kraftangan Malaysia melalui satu kenyataan berkata, penganugerahan itu merupakan pengiktirafan kepada Raja Permaisuri atas sumbangan dan jasa baginda tuanku dalam memartabatkan industri kraf negara khususnya seni tekstil batik.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku telah menghasilkan koleksi batik bertemakan Sentuhan Permaisuri: Eksplorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura yang dipamerkan semasa Sambutan Hari Kraf Kebangsaan pada tahun 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

“Upacara penganugerahan ini disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

Penganugerahan tersebut disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di Istana Negara.

Related Articles

Back to top button