Negeri

Timbalan Menteri dedah, Kedah tidak punyai rizab margin bekalan air terawat

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam mendedahkan, Kedah tidak mempunyai simpanan bekalan air terawat.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir melalui taklimat media di Putrajaya berkata, rizab margin air terawat negeri Kedah dikesan sifar disebabkan isu tekanan air dan kekurangan infrastruktur sekali gus menyebabkan permintaan pembekalan air tidak dapat dipenuhi.

Atas dasar itu, beliau berkata, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) diminta melaksanakan perancangan bagi meningkatkan rizab margin sebanyak 15 peratus sebagaimana ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Ia ditetapkan oleh SPAN dalam petunjuk prestasi utama (KPI) melalui pembinaan loji rawatan air (LRA) baharu dan menaik taraf LRA sedia ada,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Lesen operator perkhidmatan bekalan air boleh ditarik semula jika gagal capai KPI

Taklimat media itu diadakan sempena penguatkuasaan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen, bermula 1 Februari ini.

Difahamkan, apabila rizab margin bekalan air kosong, loji tidak akan mampu menanggung sebarang bekalan jika berlaku sebarang gangguan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan dan Tarif SPAN, Izan Aziati Samsuri, berkata Kedah dijangka dapat meningkatkan rizab marginnya melalui pembinaan lima LRA yang sedang berlangsung dan akan siap secara berperingkat.

Beliau menjelaskan, KPI ditetapkan termasuk selepas pelarasan tarif baharu air itu ialah rizab margin perlu dicapai operator bekalan air adalah sebanyak 15 peratus.

“Kaedah peningkatan rizab margin ini tentunya melalui pelaksanaan projek yang akan siap secara berperingkat membabitkan lima LRA.

“KPI perlu diselaraskan semula dengan projekā€¦ kalau tiada projek, maka margin akan kekal kosong peratus di Kedah,” katanya.

Related Articles

Back to top button