Nasional

2 hari pakaian seragam, 2 hari pakaian sukan dan 1 hari pakaian kokurikulum – Fadhlina

Kelonggaran pemakaian baju sukan ke sekolah diteruskan untuk sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula Mac ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, keputusan dibuat bagi meringankan beban ibu bapa, selain memudahkan mereka membuat persiapan persekolahan lebih awal.

Dalam masa sama perkara itu diputuskan berdasarkan sesi libat urus bersama pihak berkaitan termasuk warga pendidik dan ibu bapa.

“Kementerian memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,”

Fadhlina berkata demikian selepas berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di Putrajaya.

Surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai perkara itu itu akan dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri sebelum diedar ke semua sekolah dalam masa terdekat.

Pihak sekolah turut diberi kebebasan untuk menetapkan hari bagi pakaian seragam sekolah, pakaian sukan dan pakaian kokurikulum. – Buletin TV3

Related Articles

Back to top button