Uncategorized

Lawatan TUPA Dr Zaliha atasi segera isu bekalan air institusi pendidikan di Labuan

Keutamaan saya adalah untuk menyelesaikan infrastruktur asas terlebih dahulu bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat di Labuan terjamin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Beliau dalam lawatan turun padang (TUPA) ke Labuan baru-baru ini telah menyelesaikan sementara isu permasalahan bekalan air di beberapa institusi pendidikan di Labuan, Sabah.

“Saya serahkan empat unit tangki kepada pihak Sekolah Menengah Sains Labuan bagi mengatasi isu bekalan air di sana dan saya turut menyerahkan enam unit tangki air kepada pihak Kolej Matrikulasi Labuan.

“Semoga sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban bekalan air yang dihadapi sementara menunggu masalah bekalan air di Labuan diselesaikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dilaporkan, langkah komprehensif terus diambil, di mana projek-projek berkaitan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap seawal Jun 2024, dengan fasa akhir akan siap selewat-lewatnya pada suku pertama 2025.

Di mana tiga projek penggantian paip sepanjang 70 kilometer, dengan anggaran kos RM108 juta.

Terdahulu, Dr Zaliha dalam lawatan TUPA ke tapak projek pembinaan Dewan Komuniti Patau-Patau 1 berkata projek berkenaa yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dijangka akan siap sepenuhnya pada Mei 2024.

“Berdasarkan taklimat yang diberikan kepada saya, status kerja semasa pembinaan dewan ini adalah 42 peratus.

“Apabila siap dewan ini nanti, penduduk Kampung Patau-Patau 1 akan menerima manfaatnya,” katanya.

Related Articles

Back to top button