Semasa

MARA fokus bantu bumiputera miskin bandar tahun ini – Dr Asyraf

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memfokuskan kepada program- program pembangunan miskin bandar pada 2024.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara intipati penting Mesyuarat Majlis MARA kali-1 bagi tahun 2024, adalah untuk memfokuskan program pendidikan MARA termasuk TVET dan pembangunan usahawan.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Dr Asyraf berkata program pendidikan dan pembangunan usahawan itu akan menumpukan kepada kumpulan sasaran golongan miskin dan berpendapatan sederhana yang tinggal di bandar.

“Hari ini rata-rata kemiskinan bandar adalah lebih parah situasinya berbanding luar bandar.

“Daripada 21 juta populasi Bumiputera, 14 juta atau hampir 70 peratus berada di Bandar iaitu 16.4 juta orang berbanding 6.9 juta yang tinggal di kawasan Luar Bandar,” jelasnya.

BACA LAGI: Tumpu isu miskin bandar dan penjaja kecil bagi memajukan lagi Wilayah Persekutuan

Tambah beliau, mesyuarat yang diadakan turut berbincang untuk memastikan kemasukan ke MRSM sesi 2024 kali ini diutamakan golongan B40 dan M40 yang punya tanggungan keluarga yang besa

“Insya-Allah melalui agenda 3P (penyertaan, pemilikan dan penguasaan) dan budaya yang diperkenalkan 3iP (integriti, ihsan, inovatif dan profesionalisme, MARA akan memastikan agenda Bumiputera akan terus diperkasa dan dimartabatkan,” tegasnya dalam hantaran tersebut.

Related Articles

Back to top button