Sarawak mahu bina enam menara seperti Masjid Nabawi di Majid Jamek Negeri
Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina enam menara di Masjid Jamek Negeri di Kuching, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, menara yang bakal dibina itu mirip menara di Masjid Nabawi, di Madinah, Arab Saudi.
“Kita akan kita tambah (bina) menara (di Masjid Jamek negeri) macam di Masjid Nabawi. Masjid kita ini terletak di tengah-tengah nadi (pusat) pemerintahan negeri.
“Saya bercadang untuk bina enam menara dan harganya boleh tahan (tinggi). Kita harap dengan pembinaan (menara) ini ia dapat mengangkat semangat orang Islam,” katanya semasa berucap di acara Wacana Perdana bersama Agensi-Agensi Islam Sarawak, malam ini.
Masjid Jamek Negeri Sarawak yang terletak di Petra Jaya, Kuching mula dibina pada 1987 dan siap pada tahun 1990, dengan kapasiti kira-kira 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa.