Umum

TH mula edar surat tawaran Haji kepada jemaah terpilih, B40 kerajaan tanggung RM1000 seorang

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan surat tawaran kepada 31,600 jemaah terpilih yang menunaikan ibadat haji bagi musim 1445 Hijrah atau 2024 masihi akan dikeluarkan bermula hari ini.

Perkara itu akan diumumkan dalam satu kenyataan, bahawa kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang.

Dalam pada itu, TH turut mengumumkan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat lapan peratus kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun 1444H/2023M.

Dalam kenyataan sama TH memaklumkan, sehubungan itu kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang.” katanya.

Related Articles

Back to top button