Tuduhan tular terhadap KSN di media sosial palsu, tegas SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang ditularkan ke media sosial bahawa siasatan dijalankan ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
“Kita tidak siasat KSN, itu semua bohong belaka,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Terdahulu, pengguna media sosial di platform X yang dulunya Twitter, mendakwa sumber dalaman dari Pejabat KSN mengesahkan beliau disiasat melibatkan pelbagai isu.
BACA LAGI: Perlekeh masyarakat India, Mahathir cuba alih perhatian kes Daim?
Dalam hantarannya, pengguna itu menyenaraikan beberapa dakwaan tidak wajar dilakukan Zuki berkaitan beberapa kes berprofil tinggi, selain didakwa memiliki beberapa rumah dan kereta mewah, termasuk memiliki banyak hartanah.
Azam Baki sementara itu menegaskan selain semua dakwaan terhadap Zuki itu adalah palsu, ia juga jelasnya dilihat bertujuan untuk mencemarkan nama baik Ketua Setiausaha Negara itu.