Nasional

Fadillah akhiri lawatan kerja ke fasiliti infra bekalan air dan tenaga Labuan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selesai mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah bermula Jumaat lalu dan berlepas ke Wilayah Persekutuan Labuan, pagi tadi.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDA) sempat meninjau beberapa Projek Pembangunan di Labuan.

Antaranya ke Stesen Janakuasa Patau-Patau, Loji Rawatan Kumbahan (LEK) Rancha-Rancha dan turut diadakan sesi taklimat Operasi Bekalan Air Labuan di Bahagian Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pelaksanaan projek-projek bekalan air dan elektrik di Labuan iaitu projek penggantian paip ‘pumping’ di Pulau Enoe bernilai RM7.9 juta yang dijangka siap pada tahun 2025.

“Pembinaan dua buah tangki simpanan air di Bukit Besar dan pemasangan paip air ‘pumping’ dari Pulau Enoe bernilai RM68 juta yang dijangka siap pada tahun 2026.

“Turut dilakukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal di Loji Rawatan Air Jalan Kolam bernilai RM1 juta yang dijangka siap pada penghujung tahun 2024,” katanya.

Menurutnya, projek-projek yang dilaksanakan ini adalah bagi mempertingkatkan keupayan liputan bekala air bersih di Labuan untuk penggunaan industri dan domestik.

Related Articles

Back to top button