Semasa

KPM komited sedia pendidikan berkualiti, termasuk melalui ekosistem pendidikan digital

Kementerian Pendidikan menumpukan usaha membina Ekosistem Pendidikan Digital, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Pada ucapan di Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di Putrajaya Fadhlina menjelaskan, ia antara lima Prakarsa Pendidikan Madani dalam menyokong agenda Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang ditekankan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beberapa inisiatif KPM itu juga telah mendapat pengiktirafan pelbagai pihak, misalnya Pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), yang mendapat Recognition of Excellence 2023 daripada OpenGovAsia, Special Mention: The Inter-Agency Award oleh GovInsider dan Learning Pioneer Country Award 2024-2025 daripada UNICEF.

“Ini membuktikan bahawa komitmen KPM dalam menyediakan sumber pendidikan berkualiti melalui DELIMa yang tidak hanya menyediakan pelbagai sumber pendidikan digital terkini malah merangkumi akses kepada alat kecerdasan buatan seperti Bard, Perplexity, Claude, Conker, dan Chat GPT.

“Isu akses pendigitalan di kawasan luar bandar dengan memperkasa akses kepada sumber pembelajaran digital di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui inisiatif memperkasa Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) juga tidak dilupakan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.

BACA LAGI: KPM pertimbang permohonan pertukaran pasangan guru jarak jauh

Fadhlina sementara itu menegaskan, dalam usaha untuk menjadikan PKG dan SSTP sebagai pusat untuk peningkatan kompetensi digital murid dan guru, kedua-dua pusat kecermerlangan itu sudah diberikan peralatan dan perkakasan studio digital serta hab penghasilan digital pada Disember 2023.

Ia bagi membolehkan PKG dan SSTP menjadi hab pembangunan kandungan digital berkualiti, serta wadah percambahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh disemarakkan.

Related Articles

Back to top button