Semasa

SPRM siasat Tan Sri berkait projek selenggara kenderaan kerajaan, kata laporan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus bertindak proaktif dalam usahanya membersihkan negara dari rasuah dan ketirisan.

Media pada Sabtu melaporkan, suruhanjaya itu melakukan pemeriksaan di kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan rasuah berkait pemberian tender projek perbekalan, pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan (Projek Fleet) bernilai RM4.5 bilion.

Difahamkan, pemeriksaan itu sebagai kesinambungan kepada siasatan SPRM terhadap beberapa syarikat sejak Julai lalu.

Sebuah portal sementara itu berkata,

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan berita tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut termasuk mengenai kes berkenaan termasuk identiti individu bergelar Tan Sri itu.

Walau bagaimanapun, seorang sumber yang tidak dinamakan mendakwa, individu tersebut merupakan sekutu rapat kepada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang ketika ini turut berdepan siasatan SPRM berhubung sumber kekayaannya.

BACA LAGI: PM Anwar ‘salute’ kegigihan SPRM dan PDRM lawan rasuah, dadah

Terdahulu pada 2020, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memaklumkan, sejak 30 Oktober 1993, konsesi fleet kenderaan kerajaan Malaysia diuruskan sebuah syarikat sendirian berhad milik Tan Sri itu melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat terbabit dan perjanjian berkenaan tamat pada 31 Disember 2018.

Bagaimanapun Ahmad Badri menegaskan, bagi menguruskan fleet kenderaan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan semasa itu memutuskan supaya syarikat konsesi dipilih secara Request For Proposal (RFP) atau permintaan untuk cadangan yang dilaksanakan secara terbuka.

Dengan kata lain tidak ada tender terhad atau pemberian tender secara terus diamalkan bagi tujuan itu.

Related Articles

Back to top button