Semasa

KSM sasar 500,000 suri rumah berdaftar di bawah SKSSR – Steven Sim

Seramai 405 suri rumah menerima faedah tuntutan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sepanjang tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia (KSM) Steven Sim Chee Keong .

Bercakap kepada pemberita di Jalan Kebun Bunga, George Town pada Ahad, beliau memaklumkan daripada jumlah itu , 31 suri rumah berinsurans (SRB) menerima faedah hilang upaya kekal, 20 orang menerima elaun keuzuran, 46 penerima membabitkan bayaran ganti rugi belanja berupa faedah perubatan dan kemudahan pemulihan jasmani, faedah pengurusan mayat (319 kes), manakala 228 lagi menerima faedah pencen penakat.

“Setakat Disember tahun lepas, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah merekodkan sebanyak 201,383 SRB yang mendaftar dengan skim ini (SKSSR).

BACA LAGI: AKW Selangor lahir 280 graduan wanita mahir politik, kerja sosial sejak 2020

“Biarpun kita lihat suri rumah ini sebagai penjaga dan tidak mempunyai gaji, sebenarnya mereka merupakan pekerja dalam ekonomi ihsan dan harus diberikan perlindungan, penjagaan dan hak sebagaimana pekerja dalam sektor lain.

“Itulah yang menjadi antara matlamat Perkeso dan di bawah kerajaan MADANI kita mahu inisiatif ini disebar luas supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaat,” katanya.

Justeru tambahnya, pihak kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 500,000 suri rumah bakal mendaftar di bawah skim tersebut.

Untuk itu pihaknya sedang berusaha untuk memperluas program turun padang bagi menyebarkan maklumat mengenai skim itu kepada golongan sasar, sekali gus meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan untuk mencarum.

Related Articles

Back to top button