Negeri

Insinerator: Selangor akan adakan libat urus bersama penduduk – Menteri Besar

Kerajaan Selangor akan melaksanakan libat urus bersama penduduk Batu Arang, Gombak berkaitan bantahan pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di kawasan terbabit.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, libat urus menerusi anak syarikatnya, KDEB Waste Management bagi memberikan maklumat tepat berkenaan perancangan pembangunan loji itu.

“Kerajaan negeri sedang dan akan (terus) melaksanakan libat urus bersama penduduk untuk memberikan maklumat tepat berkenaan perancangan pembangunan loji waste-to-energy (sisa kepada tenaga),” kata Amirudin.

Sebelum ini, kira-kira 1000 penduduk berhampiran tapak cadangan insinerator mengadakan protes membantah cadangan pembinaan pembinaan loji tenaga hijau Sultan Idris Shah bernilai RM4.5 bilion itu.

BACA LAGI: Selangor garis lima elemen, rangka dasar berkaitan ekonomi penjagaan

Mereka menyatakan kebimbangan mengenai impaknya terhadap alam sekitar.

Amirudin bagaimanapun menegaskan, teknologi WTE bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap pembuangan sampah di tapak pelupusan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar, malah telah dibangunkan di negara maju.

“Teknologi yang dirancang bukan dari zaman 70-an ataupun 80-an. Industri WTE telah dibangunkan di negara-negara maju dengan teknologi mampan yang tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button