Mahkamah

Isteri bekas menteri dihadapkan ke mahkamah hari ini – laporan

Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dilapor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beberapa portal berita pada Isnin berkata, nama Na’imah Abdul Khalid muncul dalam senarai kausa dalam talian untuk kes di hadapan hakim Azura Alwi.

Walaupun tiada perincian apakah pertuduhan yang akan dikenakan kepada Na’imah, portal FMT yang memetik sumber memaklumkan Na’imah bakal didakwa Akta SPRM 2009.

Na’imah menjadi tumpuan semasa siasatan SPRM terhadap Daim, menteri kewangan pada era Dr Mahathir Mohamad.

BACA LAGI: Perlekeh masyarakat India, Mahathir cuba alih perhatian kes Daim?

Selain Na’imah, suruhanjaya itu pada awal bulan ini turut memanggil anak lelakinya, Amir Zainuddin serta Amin Zainuddin untuk disoal siasat untuk memberikan maklumat mengenai aset milik keluarga mereka.

SPRM sedang menyiasat Daim berhubung pendedahan kekayaan luar biasanya dalam kebocoran rekod kewangan antarabangsa yang dikenali sebagai Kertas Pandora.

Kebocoran itu mendapati, dalam rekod itu sahaja, anak, isteri, atau rakan perniagaan Daim yang dikenali bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya £25 juta (kira-kira RM141 juta).

Related Articles

Back to top button