Nasional

Permasalahan terkait Sistem Maklumat Hospital Bersepadu KKM akan mula diberi perhatian – Dr Dzulkefly

Pelbagai masalah termasuk hal-hal berkaitan sistem digital seperti Sistem Maklumat Hospital Bersepadu Kementerian Kesihatan Malaysia (HIS-KKM), ‘waktu menunggu’ dan masalah infrastruktur merupakan keperluan mendesak dan perlu ditangani segera.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata segala keperluan dan kemudahan harus diutamakan bagi memastikan penghantaran servis kesihatan yang baik selain menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya menghargai ketabahan dan kreativiti kakitangan dalam mengekalkan perkhidmatan pesakit yang baik dan selamat, meskipun berdepan pelbagai kekangan dan cabaran seperti peranti-peranti yang sudah wajar ditukar kerana di tahap BER-Beyond Economic Repair.

“Tuntutan untuk menaik taraf fasiliti-fasiliti di hospital (Hospital Selayang) yang telah beroperasi sejak tahun 1999 ini, dan memperkukuh sistem informasi adalah satu yang amat menasabah dan wajar diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan tertinggi KKM,” katanya.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan mengejut ke Hospital Selayang dengan diiringi pengarah hospital berkenaan, Dr Afidah Ali bagi mendekati serta meninjau pelbagai operasi harian beberapa jabatan penting, termasuk Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Rekod Perubatan, Jabatan Patalogi, Perkhidmatan Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital berkenaan.

Related Articles

Back to top button