Nasional

Kerajaan akan tubuh RCI terkait kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian hal berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan.

Ketua Setiausaha Negara merangkap setiausaha jemaah menteri Mohd Zuki Ali berkata, penubuhan RCI dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri, hari ini.

“Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan, dan pentadbiran awam.

“Selain, dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan.

“Penubuhan RCI ini dibuat adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zuki berkata, anggota yang bakal menganggotai RCI itu akan dilantik dalam kalangan pakar yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan dan pentadbiran awam.

Related Articles

Back to top button