Semasa

PM Anwar arah pasukan keselamatan berganding bahu benteras penyeludupan

Perdana Menteri mengarahkan semua pasukan keselamatan negara berganding bahu membanteras aktiviti penyeludupan yang mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian puluhan bilion ringgit.

Melalui ucapan bersempena sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta lain-lain agensi keselamatan, perlu bekerjasama membanteras penyeludupan yang disifatkannya kini semakin rumit.

“Kerjasama dengan badan penguat kuasa lain sangat penting seperti Kastam, PDRM, APMM dan agensi (tunggal) sempadan.

“Semua kerjasama itu penting kerana kita berhadapan kelompok yang rakus, penyeludup yang canggih dan kehilangan dana akibat penyeludupan.. minyak, dadah, rokok dan arak, itu cecah puluhan bilion ringgit,” katanya.

BACA LAGI: PM Anwar ‘salute’ kegigihan SPRM dan PDRM lawan rasuah, dadah

Sementara itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan terhadap kecekapan ditunjukkan JKDM dan PDRM dalam membenteras penyeludupan dadah.

“Kita menyaksikan catatan membanggakan termasuk pihak JKDM, dalam usaha untuk membanteras penyeludupan dadah yang cecah nilai besar.…

“PDRM juga bertindak tangkap dan dakwa kelompok bermaharajalela sekian lama iaitu penyeludup dadah terkenal di Sabah,” katanya sambil mengingatkan pasukan keselamatan negara supaya melaksanakan tugas dengan ikhlas serta sentiasa menekankan tatakelola yang baik.

“Tonggak asas mendasari semua ini adalah khidmat kita, keiklhasan kita dan cara kita urus (tugas) dengan tatakelola baik,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button