Sukan

Trio pengadil Malaysia tampil aksi terbaik di Qatar

Tiga pengadil Malaysia membuka lembaran sejarah baharu di Piala Asia 2023 apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tugas mengemudi aksi di Qatar.

Tiga individu yang dimaksudkan itu adalah pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.

Mereka bertiga telah mengadili perlawanan Kumpulan D, Piala Asia 2023 antara pasukan Iraq menentang Vietnam di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar, pada 24 Januari 2024.

Zairul diletakkan sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan China menentang Tajikistan manakala Arif sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan Iraq menentang Jepun.

“Ia merupakan perlawanan sulung ketiga-tiga mereka beraksi di tengah padang sejak saingan Piala Asia 2023 bermula 12 Januari lalu selepas Nazmi ditugaskan sebagai pegawai keempat pada perlawanan China lwn Tajikistan (13 Januari) dan Iraq lwn Jepun (19 Januari 2024).

“Pentas Piala Asia 2023 ini penting buat trio set pengadil dari Malaysia itu untuk mereka berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dipilih untuk beberapa siri kursus dan ujian iaitu ‘FIFA World Cup Candidate’ sebagai syarat pemilihan secara merit bagi Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat,” katanya menerusi hantaran di Facebook FAM.

Tambahnya, ketiga-tiga pengadil FIFA tersebut merupakan di antara 35 pengadil dan 39 penolong pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan di sepanjang kempen Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd AminĀ  menggesa Nazmi dan dua penolongnya itu supaya menampilkan prestasi terbaik di Piala Asia 2023 ini bagi memastikan nama mereka berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dilantik bertugas pada Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Related Articles

Back to top button