Global

Kini rakyat Gaza derita penyakit bawaan air

Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar (EQA) di wilayah Gaza menyatakan sekitar 66 peratus rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menghidap penyakit bawaan air seperti taun, cirit-birit kronik dan penyakit usus.

Wujudnya penyakit ini berpunca daripada kekurangan sumber air bersih dan penutupan semua loji penyahgaraman disebabkan pencerobohan berterusan rejim Zionis.

Israel sebelum ini telah menegbom saluran kumbahan utama di Loji Sheikh Radwan hingga mengakibatkan kejadian banjir sehingga mencapai tahap kritikal, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Banjir tersebut juga berpunca akibat pengumpulan air hujan dan kebocoran sisa kumbahan.

EQA turut berkata dalam kenyataan bahawa banyak hasil tanaman dan infrastruktur di Gaza hancur dimusnahkan Israel sejak pendudukan mereka secara haram di sana.

“Terdapat kira-kira 50,000 pokok dan beribu-ribu ekar tanah pertanian, tapak semaian serta kebun turut musnah disebabkan pencerobohan Israel.

“Ini membawa kepada pertambahan kawasan gurun, kehilangan biodiversiti, kemerosotan kualiti tanah dan peningkatan pelepasan karbon dioksida,” menurut kenyataan tersebut.

EQA turut menegaskan bahawa pencerobohan terbabit bukan sahaja menjadi malapetaka kemanusiaan tetapi turut memuasnahkan komponen alam sekitar.

Related Articles

Back to top button