Semasa

NTW 2024 tawar  25,000 kursus kepada rakyat Malaysia

Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) edisi kedua yang dijadualkan pada 24 hingga 30 Jun depan menawarkan kursus latihan kepada 25,000 orang, kata Menteri Sumber Manusia.

Steven Sim Chee Keong berkata, program anjuran Human Resource Development Corporation (HRD Corp) itu menetapkan sasaran 150,000 pendaftaran di seluruh negara.

“Saya telah menekankan bahawa kita perlu melihat kepada latihan-latihan yang berkualiti sebab sasaran untuk tahun ini, NTW akan menjadi ‘papan luncur’ untuk kita melihat kepada satu sasaran di mana pemberi latihan di Malaysia ini mencapai kualiti tahap antarabangsa.

“Sekarang kita melatih rakyat Malaysia tetapi cita-cita kita ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab latihan,” katanya.

Steven berkata begitu dalam satu sidang media selepas Majlis Pra-Pelancaran NTW 2024 di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood.

Steven sementara itu menambah kementerian amat berbangga dengan pihak industri yang komited memberikan latihan kepada rakyat, dengan nilai peruntukan sebanyak RM200 juta bagi menyediakan kursus-kursus berkenaan.

BACA LAGI: Kerajaan cadang hantar pegawai SMART dapatkan pendedahan, latihan di luar negara
.
NTW 2024 juga memberi tumpuan yang lebih besar kepada lima teras iaitu kemahiran hidup, kemahiran masa depan, kreativiti dan inovasi, kewangan, serta pembangunan mampan.

Ia turut menampilkan kelainan dengan penyertaan turut dibuka kepada penjawat awam selain menawarkan latihan berkaitan kecerdasan buatan dan sektor ekonomi digital.

Mereka yang berminat boleh menghubungi HRD Corp menerusi e-mel: [email protected] atau laman web https://www.nationaltrainingweek.gov.my/

Related Articles

Back to top button