Anwar

Skim tidak berpencen turut terpakai kepada wakil rakyat – PM Anwar

Pelaksanaan skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu akan turut terpakai bagi pelantikan politik, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, secara dasarnya pihaknya bersetuju dengan keputusan itu berkata, ia termasuk ahli politik yang dilantik sebagai menteri, menteri besar dan wakil rakyat dan tiada masalah untuk dilaksanakan bagi disesuaikan dengan pelantikan ahli politik.

“Apa saja keputusan yang ditetapkan bagi penjawat awam terpakai juga bagi ahli politik. Maknanya, kalau kita mula pada 1 Februari 2024 dan semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua lantikan baharu ahli politik.

“Jadi ada orang kata mengapa tidak (termaktub sama ahli politik). Soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri dan kemudian jadi timbalan perdana menteri, itu menunjukkan Perlembagaan kita boleh kaji tetapi tak boleh dibawa ke belakang secara retrospektif,” katanya kepada pemberita di Bandar Sri Hartamas, hari ini

Anwar berkata, beliau bersetuju supaya apa sahaja keputusan yang dibuat untuk perkhidmatan awam terpakai bagi pelantikan politik tetapi perlu dimuktamadkan setelah kajian dibawa dan Jemaah Menteri untuk di putuskan serta pandangan sudut Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, di mana kumpulan penjawat awam itu akan mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Related Articles

Back to top button