Semasa

Pentadbiran PM Anwar ‘bercakap serupa bikin’ -AMK

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelaksanaan skim tidak berpencen penjawat awam baharu akan turut terpakai kepada pelantikan politik disambut baik.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, penjelasan oleh perdana menteri itu telah membuktikan kepimpinnya ‘bercakap serupa bikin’.

“Perbincangan terkait pemansuhan pencen yang cukup mewah buat ahli politik telah lama menjadi polemik.

“Kini ditamatkan dengan keputusan Kerajaan Perpaduan yang nyata mempunyai iltizam yang sangat tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Haziq dalam kenyataan sama turut menegaskan, penjelasan perdana menteri itu satu tamparan kepada beberapa figura politik yang mengkritik langkah itu namun tidak melakukan sesuatu untuk kepentingan penjawat awam ketika berkuasa.

“Pelaksanaan tersebut disambut baik sebagai solidariti pimpinan politik untuk turut serta mengurangkan beban dan membantu kerajaan mengurus kewangan secara berhemah.

“Ia supaya pimpinan politik menjalani kehidupan sama seperti rakyat biasa, di samping mencerminkan pemakaian keputusan dan dasar kerajaan terhadap semua golongan tanpa mengira darjat,” ujarnya.

BACA LAGI: Skim tidak berpencen turut terpakai kepada wakil rakyat – PM Anwar

Terdahulu Anwar menegaskan bahawa pelaksanaan skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu turut akan terpaai kepada pelantikan politik termasuk ang dilantik memegang jawatan dalam Jemaah Menteri, menteri besar termasuk wakil rakyat.

Related Articles

Back to top button