Sukan

Peruntukan kepada FAM dipantau, tidak boleh digunakan sewenangnya – Hannah

Peruntukan RM5 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diumumkan Perdana Menteri perlu digunakan untuk memantapkan prestasi dan membangunkan skuad bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika ditemui pemberita pada Jumaat berkata, peruntukan itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya termasuk menanggung kos operasi FAM seperti pembayaran gaji kepada petugas dan penyelesaian bil utiliti mereka.

“Seperti semua sedia maklum Harimau Malaya dan pasukan lain di bawah FAM memerlukan dana latihan berkala, jika nak (mencapai) standard lawan dengan pasukan kuat, mereka perlukan pendedahan sparing tapi semua itu akan ambil dana.

“Jadi sebagai tanda sokongan Kerajaan Persekutuan kepada usaha dilakukan, kerajaan beri RM5 juta peruntukan secara one-off,” katanya dipetik.

Hannah sementara itu turut menejlaskan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara akan melakukan pemantauan perbelanjaan digunakan menerusi peruntukan diberikan kepada FAM bagi memastikan ia terpakai untuk kegunaan skuad bola sepak negara sahaja.

BACA LAGI: Kerajaan lulus tambahan RM5 juta kepada FAM

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa FAM bakal menerima peruntukan RM5 juta bagi mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.

Pengumuman itu susulan kesungguhan ditunjukkan skuad Harimau Malaya yang memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pada Khamis.

Related Articles

Back to top button