Semasa

Seorang lagi anak Mahathir dipanggil SPRM

Seorang lagi anak Tun Dr Mahathir Mohamad dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tan Sri Mohkzani yang juga ahli perniagaan dilapor hadir ke ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Berdasarkan laporan media, kehadiran anak kedua Mahathir itu untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Ya, saya sahkan. Beliau hadir pagi tadi (Jumaat),” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki seperti dilapor media.

Difahamkan, siasatan itu dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendapatkan projek kerajaan.

Syarikat GLC itu dikatakan turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali sebuah syarikat gergasi petroleum negara yang ketika itu bapanya merupakan Perdana Menteri.

BACA LAGI: SPRM panggil anak bekas PM, siasat dakwaan kes rasuah perniagaan lewat 90-an

Terdahulu, abang kepada Mokhzani, Mirzan yang merupakan ahli perniagaan diberi notis daripada SPRM untuk mengisytiharkan hartanya dalam tempoh 30 hari, pada 18 Januari lalu.

Dia hadir ke ibu pejabat SPRM pada 18 Januari lalu dan disiasat berhubung maklumat dalam Kertas Panama, juga di bawah Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA.

Related Articles

Back to top button