Negeri

Kementerian Komunikasi sedia bantu Melaka realisasi idea ‘Kampung Digital’

Kementerian Komunikasi terbuka dalam membantu kerajaan negeri Melaka membangunkan Kampung Digital.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata begitu sebagai mengulas hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk memodenkan komuniti kampung di negeri ini terutama mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas dan berstruktur dalam kalangan penduduk kampung,

“Dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh semalam, banyak yang dibincangkan dan antaranya adalah Kampung Digital.

“Ia satu program yang bagus dan saya lihat Melaka agak ke hadapan dalam hal ini,“ katanya ketika menjadi tetamu khas di Konti MELAKAfm di Jabatan Penyiaran Negeri Melaka pada Sabtu.

Menurut Fahmi, idea dicetuskan Ab Rauf itu turut berpotensi untuk dikembangkan di seluruh negara jika pelaksanaannya berjaya di Melaka.

BACA LAGI: KKM kearah transformasi digital, perkasa ekosistem penjagaan kesihatan rakyat

Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital merupakan sebagai satu langkah progresif dengan mendigitalkan keseluruhan urusan penghantaran dan penerimaan dokumen termasuk bil utiliti, sistem perbankan, urusan geran tanah, urusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), selain memudahkan penyedia perkhidmatan.

Setiap premis di kampung akan diberikan kod QR iaitu alamat rumah mereka yang hanya perlu diimbas menggunakan telefon pintar untuk dapatkan maklumat rumah di laman Portal Kampung Digital di samping maklumat seperti nombor kod unik premis, alamat penuh, nama mukim, nombor lot rumah, link lokasi rumah dan alamat lama.

Related Articles

Back to top button