Semasa

Agong, Permaisuri berkenan rasmi Laman Tuanku

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Ahad berkenan mencemar duli merasmikan Laman Tuanku.

Taman itu yang bakal dibangunkan oleh KH Land di atas tanah berkeluasan 1.6 hektar yang terletak berhadapan dengan Pintu 3 Istana Negara merupakan sebuah taman awam yang pembinaannya mengambil inspirasi daripada sikap kasih sayang Seri Paduka berdua yang kerap menyantuni rakyat jelata.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda berdua disambut Ketua Pegawai Eksekutif KH Land Sdn Bhd Datuk Seri Jeff Yap.

Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah kemudian dibawa melawat galeri yang memaparkan gambar dan replika pembangunan keseluruhan Laman Tuanku.

Kedua-dua baginda kemudian melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran Laman Tuanku sebelum menandatangani plak perasmian.

BACA LAGI: Al Sultan Abdullah titah pertahan institusi Yang di-Pertuan Agong, jaga perpaduan

Laman Tuanku, memiliki 13 laman mewakili negeri seperti Laman Darul Makmur.

Selain itu turut dilengkapi laman khas dikenali sebagai Laman Permaisuri serta dipenuhi tanaman rempah dan herba yang sering digunakan dalam masakan oleh Tunku Azizah.

Laman Tuanku dijangka menjadi tarikan pengunjung selepas ia dijangka dibuka kepada orang ramai pada Mac depan.

Related Articles

Back to top button