Mahkamah

Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Berdasarkan laporan media tempatan, bekas menteri kewangan itu yang juga sekutu rapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu kesalahan tidak mendedahkan aset.

Kes Daim, 86, dijadualkan akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada pukul 9 pagi.

SPRM telah memulakan siasatan terhadap keluarga Daim sejak Februari tahun lalu rentetan pendedahan Kertas Pandora.

Kertas Pandora merupakan himpunan 11.9 juta dokumen yang dikumpul oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) yang mengandungi maklumat perbankan, cukai dan maklumat hartanah pemimpin-pemimpin dunia, jutawan, ahli perniagaan dan selebriti.

BACA LAGI: Perlekeh masyarakat India, Mahathir cuba alih perhatian kes Daim?

Selasa lalu, isterinya Na’imah Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun Na’imah, 67, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini berkata, Daim sepatutnya sudah boleh dihadapkan ke mahkamah sejak lebih seminggu lalu susulan kebenaran diberikan Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan dijalankan.

Namun proses itu jelasnya tertunda setelah Daim dimasukkan ke hospital atas alasan tidak dinyatakan.

Related Articles

Back to top button