Nasional

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik siasat anggota trafik tawar saman RM100 kepada pelancong UK

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melakukan siasatan terperinci susulan tular sebuah video tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian ke atas pasangan warga United Kingdom yang dalam edisi jelajah Malaysia dengan kenderaan.

Video berkenaan dikesan pada 4.30 petang semalam di platform YouTube ‘Tread The Globe’.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata JSPT tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

Beliau dalam kenyataan pada Ahad berkata, JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, JSPT akan memaklumkan perkembangan siasatan berhubung perkara ini dan juga tindakan lanjut yang akan diambil.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian ini diminta menyalurkannya bagi membantu siasatan kepada JSPT melalui talian bilik gerakan 03-22663356 atau e-mel [email protected]” katanya.

Semalam, tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang anggota polis trafik yang mengenakan tindakan saman terhadap warganegara UK dengan jumlah yang tertentu.

Related Articles

Back to top button