Negeri

Pulau Pinang kekal penyumbang terbesar eksport dagangan Malaysia

Pulau Pinang mengekalkan kedudukan di tangga teratas sebagai penyumbang terbesar eksport kepada jumlah dagangan Malaysia.

Negeri tersebut menyumbang 31.5 peratus daripada jumlah dagangan eksport yang bernilai RM118.5 bilion untuk bulan Disember 2023.

Negeri lain yang turut menjadi penyumbang besar ialah Selangor 17.4 peratus, Johor 17.2 peratus, Sarawak 9.4 peratus dan Kuala Lumpur (5.6%), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Trend peningkatan eksport dari tahun ke tahun terlihat di Kedah (RM850.4 juta), Terengganu (RM673.6 juta), Kuala Lumpur (RM539.8 juta) dan Pahang (RM58.0 juta).

Negeri -negeri lain mencatatkan penurunan eksport tahun ke tahun menyebabkan eksport menurun sebanyak 10 peratus atau RM13.2 bilion.

Nilai import tahun ke tahun meningkat 2.9 peratus atau RM3 bilion.

Selangor mencatatkan peratus import tertinggi dengan 26.2 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (22%), Johor (21.8%), Kuala Lumpur (7.8%) dan Kedah (5.5%).

Related Articles

Back to top button