Negeri

Selangor cadang jalin kerjasama tanaman jagung bijirin di negeri lain

Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperluas projek tanaman jagung bijirin berkualiti tinggi bersama negeri-negeri lain.

Menterinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya bakal mengadakan rundingan mengenai kerjasama itu dengan kerajaan negeri lain.

Keperluan pasaran untuk jagung bijirin adalah tinggi, namun Selangor jelasnya mempunyai kawasan yang agak terbatas bagi mengembangkan lagi projek berkenaan.

“Secara jujurnya kita sedang sasarkan untuk bekerjasama dengan negeri lain atau anak syarikat yang ada tanah. Ini kerana projek tanaman jagung bijirin ini terbatas atas isu tanah.

“Kita hanya ada 300 ekar tanah yang boleh dibangunkan untuk tanaman jagung bijiran tetapi keperluan kita sebenarnya adalah ribuan ekar,” katanya pada sidang akhbar di program Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 pada Sabtu.

BACA LAGI: Selangor dan Sabah bincang potensi jalin kerjasama dalam bidang keterjaminan makanan

Terdahulu Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menuai 118 tan hasil pertama jagung bijirin berkualiti tinggi yang mula ditanam tahun lalu.

Tuaian pertama itu melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar ladang di Kuala Langat Selatan

Sementara itu Amirudin berkata, sekiranya usahasama bagi memperluas rancangan penanaman jagung bijiran itu berjaya ia akan mengurangkan kos makanan ayam sehingga 20 peratus sekali gus menurunkan harga jualan hasil ternakan.

“Saya yakin kita boleh buat sebab formula sudah ada dan kita sudah ada contoh. Kosnya juga sangat berpatutan kerana kita tidak guna mesin untuk tanam atau tuai,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button