Nasional

KPKT berjaya selesai 11,361 isu pertikaian perumahan dan pengurusan strata

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan kejayaan penyelesaian 11,361 kes di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bagi tahun 2023.

Katanya, daripada jumlah itu 1,331 kes melibatkan tuntutan pembeli rumah manakala 10,030 kes melibatkan tuntutan pengurusan strata.

Beliau turut memaklumkan bahawa selaras dengan era perkhidmatan Kerajaan Digital pada masa kini, TPPS kini melangkah ke satu peringkat kehadapan melalui pembangunan sistem e-TPS yang telah dilancarkan pada 12 September 2023 yang lalu.

“Sejak dilancarkan pada September 2023 dan sehingga Disember 2023, sebanyak 1,500 kes telah difailkan oleh orang awam melalui sistem e-TPS.

“Ia lebih mudah serta menjimatkan masa dan kos kerana pemfailan tuntutan dan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter TPPS,” katanya.

Fokus utama TPPS adalah untuk menyelesaikan pertikaian dan mengadili tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata secara berintegriti, kos efektif dan dalam tempoh masa yang singkat.

Di mana, TPPS dipertanggungjawab sebagai platform untuk mendengar dan mengadili pertikaian berkaitan perumahan dan pengurusan strata.

“Inisiatif ini dilihat sebagai perkembangan yang sangat baik kerana melalui sesi libat urus yang diadakan, pelbagai maklumat dapat dikongsikan kepada masyarakat awam.

“Justeru, maklumbalas yang diterima secara langsung ini memberi ruang dan peluang kepada TPPS dalam melaksanakan penambahbaikan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya.

Related Articles

Back to top button