Semasa

PH perlu lakukan pendekatan luar biasa agar kegemilangan Malaysia kembali – Saifuddin

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyarankan agar gabungan itu melakukan pendekatan luar dari kebiasaan dalam usaha meletak kembali negara ke landasan tepat.

“Sewaktu ucapan pembukaan selaku Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya singgung beberapa perincian yang perlu diberi tumpuan khusus oleh rakan-rakan pimpinan.

“Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan.

“Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan ke hadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan,” katanya sebagai mengulas Pemukiman Pakatan Harapan 2024 di Putrajaya yang berakhir semalam.

Pemukiman Pakatan Harapan berlangsung selama dua hari dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan antaranya Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.

Turut menghadiri pemukiman itu adalah Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA LAGI: PM Anwar harumkan kembali nama Malaysia – Nazri Aziz

Pemukian itu turut membuat penilaian prestasi selama setahun perjalanan Kerajaan Perpaduan dengan penganalisis politik dan badan penganalisis dijemput membentangkan pandangan mereka.

Sementata itu, sebagai mengulas mengenai pemukiman itu Saifuddin berkata, ia menjadi medan bagi menggerakkan agenda rakyat serta mempertingkatkan naratif penerangan.

Related Articles

Back to top button