Semasa

Tun Dr Wan Junaidi selamat angkat sumpah sebagai TYT ke lapan

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan.

Istiadat itu berlangsung di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada petang Isnin dengan dimulakan dengan pembacaan Surat Cara Pelantikan yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ia kemudian disusuli dengan acara mengangkat sumpah sebelum menandatangani Surat Sumpah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli

BACA LAGI: PM Anwar ucap tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi

Terdahulu Wan Junaidi serta isterinya Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi tiba di DUN Sarawak pada jam 3 petang.

Beliau kemudian membuat pemeriksaan kawalan kehormatan oleh lebih 102 pegawai dan anggota berlainan pangkat Batalion Ke-11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak.

Pada 26 Januari lalu, Wan Junaidi yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara.

Related Articles

Back to top button