Nasional

Jemaah Menteri dimaklumkan permohonan pengampunan Najib – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan tentang permohonan untuk mengampunkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tanpa menghuraikan makluman kepada Jemaah Menteri itu, Saifuddin pada sidang media berkata hal pengampunan merupakan bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan ketika Mesyuarat Kabinet pada Rabu.

“(Kabinet) dimaklumkan sepintas lalu, tapi bukan bidang kuasa Kabinet untuk (umum).

“Kita faham ini bawah (Lembaga Pengampunan) sebab pengampunan ini seperti dalam perlembagaan, ia jelas di bawah bidang kuasa siapa, keanggotaannya bagaimana.

“Jadi kita bincang (mengenai keputusan pengampunan Najib) tapi kita faham ini di bawah bidang kuasa (Lembaga) Pengampunan itu sendiri,” katanya.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC), serta tiga pertuduhan setiap satu pelanggaran jenayah kepercayaan dan salah guna kuasa berkenaan dengan RM42 juta dana SRC.

Related Articles

Back to top button