ekonomi

Aset rizab rasmi Malaysia meningkat AS$115.1 bilion pada Januari – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu memaklumkan, aset rizab rasmi Malaysia meningkat kepada AS$115.1 bilion pada Januari 2024 berbanding AS$113.5 pada 2023.

Manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$2.3 juta.

Dipetik laporan portal dagangnews, jumlah itu berdasarkan format Special Data Dissemination Standar (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Format digunakan juga menunjukkan jangkaan serta prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Disember 2023 tetap boleh guna.

BACA LAGI: Pertumbuhan ekonomi positif, pasaran buruh kekal kukuh – DOSM

BNM melalui kenyataan itu turut menjelaskan, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$14.6 bilion.

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara.” kata bank pusat itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS423.57 bilion pada akhir Disember tahun lalu yang mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran.

“Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS42.4 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.” tambah BNM lagi.

Related Articles

Back to top button