Semasa

DBKL tegaskan, tidak lindungi mana-mana pihak, organisasi atau individu buat kesalahan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu menegaskan bahawa pihaknya tidak melindungi mana-mana individu, kumpulan atau organisasi yang melakukan kesalahan.

Perkara itu ditegaskan DBKL melalui satu kenyataan media merujuk berita tular di media sosial berkenaan seorang wanita Vietnam mendakwa mempunyai hubungan baik dengan DBKL.

“Dakwaan tersebut tidak benar dan tiada pihak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan termaktub kepada undang-undang sedia ada.

“DBKL tidak melindungi mana-mana pihak sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan.

“Sehubungan dengan itu, dakwaan pihak berkenaan mempunyai hubungan baik dan dilindungi DBKL daripada sebarang kesalahan adalah tidak benar, ” katanya kenyataan tersebut.

BACA LAGI: Dr Zaliha arah DBKL tingkat pemantauan, benteras ‘ulat parkir’

Terdahulu, seorang individu menerusi aplikasi X mendakwa seorang wanita Vietnam didakwa telah melanggar peraturan pemegang ‘Dependent Visa’ apabila menjalankan perniagaan restoran makanan Vietnam dalam negara.

Wanita Vietnam itu mendakwa tiada tindakan boleh diambil ke atasnya susulan suaminya mempunyai mempunyai hubungan baik dengan pegawai DBKL dan perniagaan mereka dilindungi.

Sebagai rekod, Dependent Visa diberikan kepada ahli keluarga warga asing yang pasangan suami atau isteri bekerja dalam Malaysia.

Related Articles

Back to top button