Semasa

Keprihatinan PM Anwar ziarah warga PMO di hospital dipuji warganet

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu meluangkan masa bagi menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri Khairil Hilmi di Hospital Putrajaya.

Difahamkan, sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital berkenaan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar memaklumkan keadaan Khairil semakin pulih berbanding sebelum ini.

“Petang tadi menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri saudara Khairil Hilmi yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

“Alhamdulillah, keadaan beliau kini bertambah pulih ketimbang sebelumnya. Mendoakan saudara Khairil Hilmi dikurniakan kekuatan dan kembali pulih, insya-Allah,” kata beliau yang turut menyertakan gambar lawatan tersebut.

BACA LAGI: PM hulur sumbangan kepada penyanyi Shima

Sementara itu rata-rata pelayar media sosial memuji keprihatinan perdana menteri itu yang sanggup meluangkan masa walaupun sering berada dalam keadaan sibuk.

“Subahanallah, dalam keadaan sibuk pun sempat lagi berziarah pesakit sesuai dengan sunnah, Alhamdulillah, terima kasih PMX,” kata Chad Syazwan.

“Ini macam laa baru betul gaya seorang Perdana Menteri ( Dato Seri Anwar Ibrahim ) yang kita sayangi.

“Semoga beliau diberikan kesembuhan dan pulih dengan segera …Aamiin , kata Eussoffee Ibrahim pula.

Related Articles

Back to top button